Wednesday, May 27, 2020

updated 9:43 AM UTC, May 27, 2020

Ekonomi negara bakal pulih semula

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 April - Ekonomi Malaysia dijangka beransur pulih pada separuh kedua tahun ini.

Ia dipacu terutamanya Kadar Dasar Semalaman (OPR) serta projek-projek infrastruktur berskala besar.

Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan media menjelaskan, langkah kerajaan meneruskan projek infra melonjakkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.

Projek itu melibatkan pembinaan Transit Aliran Massa MRT2, Transit Aliran Ringan LRT2 dan Lebuhraya Pan Borneo.

Pelaksanaannya dipercayai akan menyumbang satu mata peratusan terhadap KDNK negara.