Sunday, May 31, 2020

updated 1:49 AM UTC, May 31, 2020

Skim Kredit Mikro mudahkan golongan kontraktor dapatkan modal

  • Published in Ekonomi



28 Mac
- Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas-F (PERKOBF) menyambut baik pengenalan Skim Kredit Mikro menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat.

Jelas presidennya, Tukiman Radion dana tambahan RM500 juta itu memudahkan ahlinya mendapatkan modal untuk meneruskan perniagaan.

Skim Kredit Mikro yang diumum menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat itu turut menawarkan kadar faedah yang rendah, 2% tanpa cagaran.