Wednesday, May 27, 2020

updated 1:35 PM UTC, May 27, 2020

PRIHATIN akan beri menfaaat kepada semua rakyat Malaysia

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 27 Mac - Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi memanfaatkan seluruh rakyat negara ini. 

Tan Sri Muhyiddin berkata, daripada jumlah itu, RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) manakala RM2 bilion untuk memperkukuhkan ekonomi negara.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan RM20 bilion peruntukan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi bagi menangani impak ekonomi akibat penularan COVID-19.