Sunday, May 31, 2020

updated 1:37 PM UTC, May 30, 2020

Tangguh bayaran balik PTPTN 6 bulan menyebabkan PTPTN kurang kutipan RM750 juta

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Mac - Sejumlah RM750 juta pengurangan kutipan direkodkan susulan langkah kerajaan menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 19 Mac lalu.

Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid memaklumkan, jumlah tersebut merupakan kutipan keseluruhan yang patut diterima kerajaan bagi tempoh 6 bulan melibatkan 1.5 juta peminjam di seluruh negara.

Walaupun langkah tersebut akan memberi implikasi kewangan kepada PTPTN, namun ia perlu dilakukan demi meringankan beban peminjam yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Penangguhan bayaran balik itu juga dilakukan secara automatik kepada semua peminjam dan akan distruktur semula selepas tamat tempoh 6 bulan.

Tambahnya, peminjam juga boleh meneruskan pembayaran balik sekiranya mampu, melalui perbankan internet.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.