Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Olimpik Tokyo : Usahawan perlu ambil peluang tembusi pasaran produk halal di Jepun

  • Published in Ekonomi

ALOR SETAR - Usahawan bimbingan FAMA perlu merebut peluang memasarkan produk halal untuk menembusi pasaran Jepun sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Permintaan terhadap produk halal meningkat semasa kejohanan tersebut.

Menurut Pengarah Kanan FAMA, Rosilawati Abu Hassan, ramai atlet dan pengunjung dari negara Islam akan hadir termasuk dari Timur Tengah dan ASEAN.

Justeru, sejumlah besar makanan halal diperlukan bagi menampung permintaan individu beragama Islam.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Tatacara dan Prosedur Pengeksportan Produk Manakan Proses ke pasaran luar negara di Alor Setar.

Bagi menembusi pasaran eksport, usahawan perlu mempunyai beberapa sijil kelulusan termasuk Sijil Kesihatan daripada Kementerian Kesihatan, pensijilan GMP dan HACCP, selain sijil Halal daripada JAKIM.