Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Belanjawan 2020; Sektor pembangunan ekonomi digital berupaya lonjak ke arah Revolusi Industri 4.0

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA - Peningkatan peruntukan dan pemberian insentif galakan dalam Belanjawan 2020 untuk sektor pembangunan ekonomi digital dilihat berupaya melonjakkan sektor tersebut menuju ke arah Revolusi Industri 4.0

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, ia melibatkan pembinaan infrastruktur dan ketersambungan internet yang merupakan teras utama bagi meluaskan impak industri itu kepada sektor perniagaan dan pengguna.

Beliau menjelaskannya pada Majlis Pelancaran Penerbitan Digital Ekonomi Malaysia 2018 di Putrajaya.

Sumbangan ekonomi digital kepada ekonomi negara terus berkembang kepada RM267.7 bilion pada 2018, meningkat 6.9 peratus berbanding 2017.

Jelas Datuk Seri Dr. Mohd Uzir lagi, perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi merekodkan nilai pengeluaran kasar berjumlah RM144.8 bilion dengan kadar pertumbuhan tahunan 7.8 peratus.

Dalam pada itu, Putrajaya merekodkan peratusan tertinggi penggunaan komputer dan capaian internet oleh isi rumah hampir 100 peratus pada 2018.