Monday, May 25, 2020

updated 10:25 AM UTC, May 25, 2020

13,200 individu layak terima bantuan Kerajaan Negeri Pahang

  • Published in Nasional



KUANTAN, 22 Mac
- Kerajaan Negeri Pahang akan mempercepatkan pemberian bantuan khas kepada 13,200 penduduk di negeri itu susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Bantuan berupa wang tunai dan barangan dengan nilai keseluruhan RM2 juta itu, akan diagihkan dalam tempoh terdekat.

Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, antara penerima yang layak adalah peniaga pasar malam, pasar tani dan pasar sehari di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.

Terdahulu beliau melancarkan operasi bersepadu antara PDRM dan ATM di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.