Saturday, March 28, 2020

updated 3:10 PM UTC, Mar 28, 2020

RHB sediakan bantuan kewangan, bantu pelanggan terjejas Covid-19

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Kumpulan perbankan RHB menerima 119 permohonan berjumlah RM1.15 bilion bagi program bantuan kewangan COVID-19 yang diperkenal untuk membantu pelanggan terjejas akibat penularan Covid-19.

Pengarah Urusannya, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, 168 pengusaha Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) telah dikenalpasti memerlukan bantuan kewangan apabila perniagaan mereka terjejas disebabkan wabak berkenaan.

Usahawan yang terlibat aktif di dalam sektor pelancongan, pengeluaran produk makanan dan minuman amat memerlukan bantuan kewangan.

RHB juga menawarkan moratorium selama 6 bulan bagi membantu pelanggan yang terjejas.

Selain itu, Bank Negara Malaysia (BNM) turut menyediakan kemudahan bantuan khas RM2 bilion dalam bentuk modal kerja bagi membantu PKS menghadapi masalah aliran tunai dalam jangka masa pendek.

Bagi program ini, RHB menerima 135 permohonan berjumlah RM100 juta.