Saturday, March 28, 2020

updated 3:10 PM UTC, Mar 28, 2020

Impak Perintah Kawalan Pergerakan : Jadual feri Langkawi berubah

  • Published in Ekonomi

 

LANGKAWI, 18 Mac - Susulan Perintah Kawalan Pergerakan, jadual pergerakan feri di Langkawi akan mengalami perubahan.

Perubahan melibatkan laluan Langkawi ke Kuala Kedah/Kuala Perlis; dari kedua-dua arah bermula 20-31 Mac atau sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Menurut Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom, jadual pergerakan feri akan dikurangkan daripada 10 perjalanan kepada 2 perjalanan.

Waktu perjalanan di semua sektor diselaraskan hanya pada pukul 11 pagi dan 4 petang sahaja.

Penumpang yang telah membuat tempahan dalam talian atau pembelian awal boleh membuat tuntutan bayaran balik harga tiket sebelum tarikh pergerakan feri.