Saturday, March 28, 2020

updated 3:10 PM UTC, Mar 28, 2020

Kementerian Kewangan jalin kerjasama pelbagai pihak pantau situasi semasa

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 17 Mac - Kementerian Kewangan sedang bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia bagi memastikan pasaran modal dan kewangan terus berfungsi dengan baik.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menerusi kenyataan media menjelaskan kesemua badan kerajaan terlibat akan bertindak secara proaktif memantau penularan wabak COVID-19.

Pemantauan dilaksana di peringkat negara dan global bagi menilai kesannya.

Tindakan sewajarnya akan diambil bagi mengekalkan integriti dalam pasaran modal dan kewangan.

Tengku Zafrul berkata ini bukan pertama kali negara berhadapan cabaran besar.

Pihaknya akan terus memperkukuh prasarana, peraturan, proses dan penampan pasaran modal dan kewangan bagi menghadapi ketidaktentuan situasi ketika ini.