Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Tahun 2020 sesuai untuk beli hartanah

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 16 Mac - 2020 disifatkan sebagai tahun yang sesuai untuk orang ramai membeli hartanah, berbanding menjual.

Ini kerana beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan berlaku "pembetulan" harga yang membantu mengimbangi pemintaan dengan penawaran.

Menurut penganalisis hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad walaupun demikian, ia mestilah disandar kepada beberapa faktor penting.

Beliau yang ditemui RTM berkata, pembeli yang berkeupayaan untuk membeli hartanah pada masa ini, wajar fokus kepada hartanah sub-jualan.

Ini memandangkan ia menawarkan nilai lebih baik kepada pelaburan.

Data dari Sistem Siasatan Harta Tidak Bercagar menunjukkan terdapat lebih kurang 50,000 unit kediaman tidak terjual bernilai RM 33.96 bilion di negara ini pada suku ketiga 2019.

Jumlah berkenaan termasuk perumahan dan komersil.