Saturday, April 4, 2020

updated 11:02 AM UTC, Apr 4, 2020

TH perlu kekal momentum tingkatkan prestasi

  • Published in Ekonomi

BANDAR BARU BANGI, 15 Mac - Lembaga Tabung Haji (TH) perlu mengekalkan momentum bagi memanfaatkan Bank Islam sebagai rakan kongsi untuk menguruskan pelaburan bagi pihaknya.

Pakar Ekonomi Profesor Dr Barjoyai Bardai berpendapat, oleh kerana TH merupakan pemegang saham terbesar Bank Islam, pendapatan dan kadar agihan pendeposit dapat ditingkatkan jika pihak TH terus memanfaatkan pemilikan dalam Bank Islam untuk jangka masa panjang.

Beliau yang ditemui RTM turut menjangkakan tahun ini bakal menjadi medan ujian bagi TH dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global.

Justeru beliau menyarankan semua pihak memberi peluang kepada TH untuk membuktikan prestasinya untuk memberi pulangan terbaik kepada pendeposit.