Logo

Belanjawan 2020: DPMM mahu peruntukan pembangunan usahawan Bumiputera tidak dikurangkan

KUALA LUMPUR - Pembangunan usahawan Bumiputera perlu terus kekal sebagai agenda nasional.

Justeru, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Seri Hussein Alhabshee berharap, peruntukan dan bantuan yang disediakan bagi segmen dalam belanjawan sebelumnya tidak akan dikurangkan dalam Belanjawan 2020 akan datang.

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan memperuntukkan RM4.5 bilion bagi dana Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk RM1 bilion kepada PKS Bumiputera, yang disediakan melalui institusi kewangan komersil.

Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung DPMM, Amirhamzah Karim, turut mengulas mengenai pembangunan semula Kampung Baru, dan berharap kerajaan mempertimbang untuk memajak tanah daripada pemilik, berbanding membelinya dibawah harga pasaran.

Mereka ditemui di sidang media perkembangan DPMM di ibu negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.