Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Tiada pertemuan PM dan pemimpin politik hari ini

  • Published in Nasional
Foto - JPM

PUTRAJAYA, 2 Mac - Tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan berlangsung antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pemimpin politik hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan Tan Sri Muhyiddin dijadual bertemu Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali bagi menyelaras perjalanan pentadbiran kerajaan.

Ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan akan turut hadir pada pertemuan tersebut hari ini.