Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Iran catat 54 kematian akibat COVID-19, jangkitan terus meningkat

  • Published in Berita Dunia

IRAN, 2 Mac - 54 kematian telah dilaporkan akibat Covid-19 di Iran.

jangkitan yang direkodkan pula meningkat kepada 978 kes.

Kebanyakan kes yang dilaporkan berasal dari wilayah Tehran.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Iran, Kianush Jahanpoor berkata, rakyat Iran disaran untuk berada di rumah dan mengelak perjalanan yang tidak perlu.

Iran mencatat kes kematian paling tinggi di luar China disebabkan Covid-19.

Berikutan itu, negara-negara jiran menutup sempadan dengan Iran dan ada negara yang menghentikan penerbangan masuk dan keluar dari Tehran.