Saturday, April 4, 2020

updated 11:59 AM UTC, Apr 4, 2020

Proton puji langkah kerajaan jadikan Malaysia hub pembangunan dan pengeluaran NxGV

  • Published in Ekonomi

 

SHAH ALAM, 22 Feb - Proton memuji langkah kerajaan menjadikan Malaysia hab pembangunan dan pengeluaran Kenderaan Generasi Baharu (NxGV) dan komponen-komponen penting.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong menerusi kenyataan media berkata pembangunan kenderaan cekap tenaga EEV membuka peluang kepada pemain industri memperkenalkan teknologi baharu.

Juga meningkatkan kemahiran dan keupayaan komuniti pembekal tempatan.

Negara bersedia menerapkan kenderaan berteknologi baharu yang dilengkapi rangkaian kuasa elektrik dan hibrid serta teknologi autonomi dan kesalinghubungan.

Melalui NAP 2020 pemegang taruh Proton, DRB HICOM memberi akses kepada ekosistem tempatan manakala Geely Auto Group menyumbang teknologi baharu.

Bagi peringkat permulaan syarikat itu kekal meneruskan perancangannya melabur dalam produk dan teknologi baharu serta kemudahan kilang dan pembuatan.

Syarikat juga akan terus bekerjasama dengan pembekal tempatan dan menggalakkan pelaburan dalam teknologi baharu melalui kerjasama strategik.