Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Moratorium ke atas pembiayaan dalam pertimbangan untuk dimuktamad menerusi pakej ransangan ekonomi

  • Published in Ekonomi

CYBERJAYA, 20 Feb - Moratorium ke atas pembiayaan antara langkah yang dipertimbang Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk dimuktamadkan di bawah pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan minggu depan.

Menterinya Datuk Seri Redzuan Yusof berkata, inisiatif itu bertujuan membantu meringankan impak kemerosotan aktiviti perniagaan susulan krisis kesihatan COVID-19.

Beliau menambah, pihaknya turut mencadangkan untuk memudahkan lagi bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan atau GST bagi perusahaan tertentu melalui proses audit yang ditambahbaik.