Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

AirAsia tempah 42 pesawat dengan Airbus

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Air Asia Berhad mengesahkan tempahan 30 buah pesawat A321XLR dan tambahan 12 pesawat A330neo yang bernilai kira-kira AS$5 bilion dengan Airbus.

Majlis menandatangani perjanjian antara Pengerusi Airasia X, Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Airbus, Guillaume Faury itu disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dengan tempahan pesawat berkenaan, Air Asia bakal meningkatkan operasi dan kualiti penerbangan jarak jauh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes kedua-dua pesawat yang ditempah akan memperkukuhkan kedudukan syarikat penerbangan tambah rendah itu selaku peneraju pasaran global.

Kontrak baharu itu juga menyaksikan peningkatan bilangan pesawat A330neo yang ditempah oleh Air Asia kepada 78 buah pesawat.