Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Sektor pelancongan catat RM41.69 bilion enam bulan pertama

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA - Sektor pelancongan negara menjana pendapatan sebanyak RM41.69 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menterinya Datuk Mohammadin Ketapi berkata, pertumbuhan sebanyak 6.8 peratus itu telah direkodkan dengan 13.35 juta ketibaan pelancong ke Malaysia.

Negara ASEAN antaranya Singapura, China, dan Indonesia masih kekal menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan dengan mendominasi 70 peratus agihan pelancong antarabangsa.

Secara keseluruhannya, prestasi ketiga-tiga pasaran jarak dekat, sederhana dan jauh, masing-masing menunjukkan pertumbuhan positif berbanding tempoh yang sama pada 2018.

Tambahnya lagi, perbelanjaan pelancong dalam komponen beli-belah masih kekal menjadi perbelanjaan tertinggi diikuti dengan perbelanjaan penginapan, dan makanan dan minuman.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Prestasi Pelancongan Separuh Tahun Pertama 2019 di Putrajaya.