Monday, May 25, 2020

updated 12:38 PM UTC, May 25, 2020

14 PKS terpilih diberi peluang pasar produk di pasar raya dengan pengecualian yuran penyenaraian

  • Published in Nasional

KAJANG, 31 Jan  - Sebanyak 14 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diberi peluang untuk memasarkan produk mereka di pasar raya besar tanpa dikenakan yuran penyenaraian.

Usaha itu antara sebahagian daripada Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama pasar raya Tesco.

Jelas Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, syarikat PKS yang diperkenal kali ini adalah pengeluar produk berasaskan bahan semulajadi seperti herba, koko, dan minyak zaitun.

14 PKS itu telah melepasi pelbagai ujian, membuktikan mereka berdiri setara dengan syarikat multinasional sedia ada.

Beliau merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia di Kajang.

Pada separuh ke-2 tahun lalu, produk buatan Malaysia telah mencatatkan hasil jualan melebihi RM 406 juta di seluruh rangkaian pasar raya Tesco seluruh negara, iaitu peningkatan 2.3% berbanding tahun sebelumnya.