Sunday, 27 September 2020

updated 12:39 PM UTC, Sep 27, 2020

FELCRA pergiat pemantauan terhadap pematuhan amalan pertanian baik

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Felcra mempergiat pemantauan terhadap pematuhan amalan pertanian baik agar ia seiring pengiktirafan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Mohd Nazrul Izam berkata pihaknya akan menerima laporan dari Bahagian Kluster Kelestarian yang bertanggungjawab melaksana pemantauan setiap bulan.

Katanya, MSPO adalah pengiktirafan terhadap kebun dan kilang sawit yang diurus menggunakan amalan pertanian baik.

Ia juga menjadi garis panduan untuk pemain industri memainkan peranan dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

Beliau bercakap dalam Temuramah Eksklusif bersama RTM di Kuala Lumpur.