Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

Coronavirus tidak jejas pelaburan China di Selangor

  • Published in Ekonomi

SERDANG -Pelaburan antara Selangor dan China tidak terjejas meski negara kini berdepan wabak Coronavirus yang bermula di negara tembok besar itu.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan, pihaknya memandang serius situasi semasa dan akan mengambil segala langkah perlu bagi memelihara kerjasama sedia ada.

Sehingga kini, China kekal sebagai rakan kongsi paling berjaya di Selangor.

Pada 2018, China mencatat sejumlah RM3.9 bilion pelaburan di Selangor.

Semalam, Datuk Seri Amirudin berkata, Selangor akan meneliti semula misi pelaburan dan lawatan agensinya ke luar negara berikutan penularan Coronavirus di beberapa negara.

Bercakap kepada media pada program perkampungan Menara Gading Selangor 2020 di Serdang, Selangor, Datuk Seri Amirudin turut menasihatkan masyarakat untuk mendapatkan maklumat mengenai Coronavirus daripada sumber yang sahih.

Pada masa sama, jangan sebarkan berita palsu yang boleh mencetuskan panik.

Mengulas mengenai Tahun Melawat Malaysia 2020, Datuk Seri Amirudin menjelaskan, Selangor akan terus memainkan peranannya sebagai pintu masuk utama pelancong asing ke negara ini.