Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Pengurangan 18% kadar tol tidak menyebabkan peningkatan hutang kerajaan dan kerugian kepada pencarum KWSP

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA - Pengurangan 18% kadar tol tidak akan menyebabkan peningkatan hutang kerajaan dan kerugian kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Malah, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua menerusi kenyataan media menjelaskan, kerajaan akan mendapat penjimatan berjumlah RM 42 bilion sepanjang baki konsesi PLUS.

Manakala pengguna tol akan menikmati penjimatan sehingga RM 26 bilion.

Penjimatan kerajaan itu merupakan jumlah daripada tiga sumber berbeza.

Pertama; pampasan RM 26 bilion yang perlu dibayar oleh kerajaan, jika kadar tol semasa dibekukan sehingga akhir konsesi sedia ada.

Pengiraan mengambil kira kadar tol yang akan dinaikkan 5% setiap 3 tahun.

Kedua, pampasan tambahan RM 14 bilion yang perlu dibayar oleh kerajaan kerana pemberian diskaun tol 18% daripada kadar semasa, mengikut konsesi sedia ada.

Dan ketiga, hutang semasa tertunggak berjumlah RM 2 bilion yang perlu dibayar kerajaan kepada PLUS.

Ini membawa kepada penjimatan RM 42 bilion, ditambah penjimatan tol pengguna berjumlah RM 26 bilion.

Ini sekaligus menyangkal kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa, kerajaan dan pencarum KWSP akan mengalami kerugian berjumlah RM 68 bilion.