Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Penularan Coronavirus tidak beri impak kepada ekonomi untuk jangka masa pendek

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Penularan Novel Coronavirus tidak memberi impak kepada unjuran ekonomi negara buat masa ini.

Bagaimanapun, jelas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sekiranya penyebaran wabak itu berterusan, ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara dalam tempoh jangka panjang.

Penularan virus itu tidak boleh dipandang remeh dan kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif bagi menanganinya.

Tumpuan terhadap pergerakan pelancong dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei akan dipantau bagi mencegah virus tersebut.

Selain itu, pergerakan makanan import juga akan diperhalusi bagi menjamin kebersihan dan keselamatan.

Datuk Azmin Ali ditemui media selepas majlis Pemeteraian Kerjasama Strategik antara Petronas dan Agrobank bagi Program Memperkasakan B-40 di ibu negara.