Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

FAMA Melaka sasar RM160,000 jualan istimewa Aidiladha

  • Published in Ekonomi

KRUBONG - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menyasarkan jualan sebanyak RM160,000 sepanjang program jualan istimewa musim perayaan Aidiladha yang diadakan 3 hari bermula 8 Ogos lalu.

Bagi memenuhi permintaan pengguna pada musim perayaan ini, FAMA turut menyedia tambahan 50 peratus bekalan termasuk daging dan ayam.

Harga yang ditawarkan juga lebih menjimatkan selain diskaun yang turut disediakan.

Beliau ditemui pada program berkenaan di Pasar Tani Taman Krubong Jaya, Krubong.

Program yang berlangsung di 8 lokasi di seluruh negeri ini juga sebagai usaha menghargai pengguna yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.