Friday, October 18, 2019
updated 11:50 AM UTC, Oct 18, 2019

Malaysia tunjuk daya tahan baik berdepan pelbagai cabaran luar - Pakar Ekonomi

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Dasar fiskal dan monetari perlu diperkukuh untuk memastikan Malaysia dan negara serantau mampu menyerap impak daripada ketidaktentuan faktor luaran.

Ketua Pakar Ekonomi, Pejabat Penyelidikan Makro Ekonomi ASEAN campur tiga (AMRO), Dr. Khor Hoe Ee berkata sebagai negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia semestinya terdedah kepada cabaran global terutamanya konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang semakin serius.

Mengulas mengenai ketidaktentuan dalam pasaran mata wang dan ekuiti negara susulan pertikaian antara kedua negara itu, jelasnya Malaysia setakat ini telah menunjukkan daya tahan yang baik dalam menghadapi pelbagai cabaran luaran.

Negara turut membuktikan kemampuannya dengan mencatatkan pertumbuhan ekonomi pada 4.7 peratus tahun lalu.

Jelasnya, meskipun ekonomi negara diunjur tumbuh pada 4.5 peratus tahun ini, namun berkemungkinan unjuran itu menurun 4.4 peratus jika konflik perang dagang semakin berpanjangan dan serius.

Beliau berkata demikian pada sesi pembentangan Unjuran Ekonomi Serantau ASEAN campur tiga bagi 2019 di ibu negara.