Monday, August 26, 2019
updated 5:57 AM UTC, Aug 26, 2019

Bajet 2020 perlu fokus pendidikan kaum India

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR - Barisan Kemajuan India SeMalaysia, IPF menyarankan pembentangan Bajet 2020 pada bulan Oktober ini memberikan fokus lebih kepada pembangunan pendidikan kaum India.

Jelas Presidennya, Senator Datuk M. Sambanthan, beliau percaya kerajaan Pakatan Harapan boleh terus menambahbaik kualiti pendidikan kaum India termasuk fasiliti pengajaran dan peluang pembelajaran.

Tambah beliau lagi, pendidikan sangat penting dalam pembentukan bangsa yang berkualiti serta dapat membantu dalam soal pembangunan negara.

Beliau turut berharap Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil dalam dibina berdasarkan Manifesto Pakatan Harapan.

Pembinaan sekolah tersebut akan membuka peluang pendidikan yang lebih besar kepada kaum India.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, memaklumkan Jawatankuasa Penasihat Pendidikan sedang meneliti penubuhan sekolah menengah bagi kaum India.