Monday, August 26, 2019
updated 5:31 AM UTC, Aug 26, 2019

Malaysia bakal atasi Indonesia sebagai pembekal minyak sawit utama ke India

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal mengatasi Indonesia sebagai pembekal utama minyak sawit ke India tahun ini, ketika New Delhi mengenakan cukai import lebih rendah terhadap minyak sawit bertapis dari Malaysia.

Justeru, bagi meningkatkan lagi hubungan perdagangan antara kedua negara ini, Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengetuai Misi Ekonomi dan Pelaburan Minyak Sawit dan Getah ke India mulai semalam.

Misi lima hari itu juga bertujuan menyelesaikan isu berkaitan perdagangan serta untuk menerokai peluang pasaran dan pelaburan, terutamanya dalam minyak sawit dan getah.

Kementerian tersebut memberitahu, Malaysia sentiasa melihat India sebagai rakan kongsi perdagangan strategik dan penting.

Ini disokong dengan perdagangan telah mengalami evolusi daripada barangan seperti rempah ratus, pakaian dan makanan kepada barangan seperti komoditi.

India adalah pengimport minyak sawit terbesar dunia.

Peningkatan penghantaran minyak sawit bertapis akan membantu syarikat penapis minyak Malaysia namun menjejaskan syarikat penapis minyak India yang mengimport minyak sawit mentah.