Monday, August 26, 2019
updated 5:54 AM UTC, Aug 26, 2019

Deflasi pengeluaran Malaysia diunjur negetif 1.8 tahun ini - MIDF Research

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Deflasi pengeluar Malaysia diunjur negatif 1.8 peratus bagi tahun ini selepas Indeks Harga pengeluar (IHPR) negara susut 1.8 peratus tahun ke tahun Jun lalu.

MIDF Research dalam satu nota penyelidikannya turut mengunjurkan, deflasi harga pengeluar akan meningkat kepada negatif 1.5 peratus daripada negatif 1.1 peratus pada 2018.

Jelas firma penganalisis itu lagi, sebahagian besar daripadanya disebabkan paras harga bahan api RON95 yang lebih rendah daripada purata harga tahun lalu.

Bagi kemajuan masa depan, mereka melihat angka itu akan terus meningkat sedikit berikutan jangkaan subsidi bersasar yang akan dilaksanakan serta kenaikan kos komponen makanan.

Mengulas perkembangan itu, MIDF Research berkata, kos pengeluar Malaysia kekal deflasi terutamanya disebabkan oleh peningkatan pengurangan harga input sektor perlombongan dan pembuatan.

Ini menjadikan harga input kilang telah menguncup bagi 18 bulan berturut-turut manakala sektor pembuatan masih menjadi bahagian terbesar sebanyak 81.6 peratus dalam menentukan inflasi pengeluar.

Selain itu, MIDF Research berkata, angka terbaharu IPHR itu menunjukkan inflasi teras Malaysia akan kekal rendah bagi tempoh separuh kedua 2019.