Monday, August 26, 2019
updated 3:47 AM UTC, Aug 26, 2019

Musang King sejuk beku tembus pasaran China Julai ini

  • Published in Ekonomi

JOHOR BAHRU - Durian Musang King sejuk beku dalam bentuk buah bakal menembusi pasaran China Julai depan selepas menerima kelulusan pasaran dari negara itu.

Ia diluluskan 30 Mei lalu, sekaligus menggambarkan keyakinan China terhadap kualiti hasil pertanian negara, dari segi keenakan, kebersihan dan jaminan keselamatan.

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salahuddin Ayub berkata China menawarkan pasaran yang luas untuk durian Musang King lebih-lebih lagi di Beijing dan Guangzhou.

Sebelum ini, Malaysia hanya memperoleh kelulusan laluan pasaran ke China bagi durian sejuk beku dalam bentuk pulpa dan pes sejak November 2007.

Tegasnya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengeksport durian biasa yang dilabel sebagai Musang King.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri di Pasar Tani Datin Halimah, Johor Bahru.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Tosrin Jarvanthi.