Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

COVID-19

Gubal ordinan bagi mengambil tindakan terhadap golongan penghasut antivaksin

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan akan menggubal ordinan bagi mengambil tindakan terhadap golongan yang menghasut orang ramai menolak vaksin.

Tegasnya, ia perlu memandangkan terdapat kempen yang digerakkan agar rakyat negara ini menolak vaksin COVID-19.

Kewujudan kempen yang dianjurkan oleh golongan ini dikhuatiri akan melambatkan pencapaian sasaran Program imunisasi COVID-19 Kebangsaan negara.

Beliau berkata kepada pemberita selepas meninjau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dan Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Covid19
  • Hits: 553