Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

82.8% populasi remaja lengkap divaksin

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 25 November - Seramai 2,607,392 atau 82.8 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,762,739 individu atau 87.7 peratus bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,442,346 individu atau 95.9 peratus telah lengkap divaksinasi.

Manakala 22,944,240 atau 98 peratus individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Untuk tempoh semalam, sebanyak 138,752 dos vaksin diberikan melibatkan 5,067 dos pertama, 8,428 dos lengkap serta 125,257 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,391,444.