Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

PRU DUN Melaka: SPR sedang memuktamadkan SOP

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memuktamadkan penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 bagi Pilihan Raya Umum DUN Melaka.

Ia akan diumumkan sebelum Hari Penamaan calon pada 8 November depan.

Jelas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, SOP tersebut akan diselaraskan dengan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Tujuannya memastikan proses perjalanan pilihan raya tersebut selamat, lancar dan sempurna.

Pihak SPR juga telah menambah 218 saluran mengundi baharu bagi mengurangkan kesesakan di setiap saluran mengundi di 248 pusat mengundi sedia ada.

Beliau menjawab soalan wakil Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon dalam sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri.