Saturday, 4 December 2021

updated 8:53 AM UTC, Dec 4, 2021

PRN Melaka, SPR akan bentang SOP hari ini

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 22 Oktober - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan SOP Pilihan Raya Negeri Melaka pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kementeriannya akan turut memberikan pandangan berhubung perkara berkenaan pada mesyuarat sama.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setiap SOP yang dicadangkan SPR akan mengambil kira pengalaman PRN Sabah tahun lalu.