Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Penerima Sinovac akan diberi dos penggalak Corminaty secara heterologi bagi meningkatkan sistem imun badan

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan penerima vaksin Sinovac yang telah lengkap divaksin sekurang-kurangnya tiga bulan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak jenis Corminaty keluaran syarikat Pfizr BioNtech.

Keutamaan diberikan kepada penerima berusia 60 tahun ke atas, barisan hadapan dan mereka yang ingin menunaikan Umrah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kaedah heterologi itu diperaku oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi meningkatkan sistem imun badan.

Beliau berkata semasa sidang media di Pejabat KKM, Jalan Cenderasari.

Suntikan dos penggalak untuk kumpulan umur 60 tahun ke atas itu akan bermula esok.

Penerima yang layak akan menerima notis dalam MySejahtera atau sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).