Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Pasukan bertindak khas ditubuhkan, pantau projek pembinaan klinik dan hospital

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Melihat kepada kepentingan projek-projek berkaitan pembinaan klinik dan hospital, sebuah pasukan petugas khas melibatkan Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan ditubuhkan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pasukan tersebut akan memantau masalah yang sering dihadapi kontraktor sehingga menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek.

Tambahnya, Tumpuan diberikan kepada projek-projek baharu pembinaan klinik dan hospital.

Antara masalah yang sering dihadapi kontraktor adalah berkaitan modal dan reka bentuk.

Beliau menghadiri sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Penyerahan Projek Siap Bagi Projek di bawah Pelaksanaan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya kepada lima kontraktor.

Antara projek yang terlibat adalah Projek Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) dengan nilai kontrak sebanyak RM284 juta di Nilai, Negeri Sembilan serta projek naik taraf Jalan Muar-Tangkak-Segamat bernilai RM183 juta.

Datuk Seri Fadillah turut mengulangi amarannya kepada semua kontraktor supaya menyiapkan projek dalam tempoh dan bajet yang ditetapkan.

Ia bukan sahaja memberi manfaat dan keuntungan kepada kontraktor itu sendiri namun kesejahteraan rakyat bagi menikmati kemudahan tersebut perlu jadi keutamaan.