Saturday, 4 December 2021

updated 8:17 AM UTC, Dec 4, 2021

Pengambilan dos ketiga untuk atlet belum dimuktamadkan

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 20 Oktober - Dos penggalak vaksin COVID-19 dalam kalangan atlet.

Semua atlet kebangsaan yang akan menyertai kejohanan antarabangsa disaran mengambil dos ketiga.

Bagaimanapun perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Menurut Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, maklum balas daripada pemegang taruh akan diambil kira.

Malaysia bakal berdepan jadual sukan padat musim depan berikutan bakal menyertai beberapa temasya utama seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komanwel pada 2022.