Saturday, 4 December 2021

updated 8:53 AM UTC, Dec 4, 2021

Guru perlu lengkap vaksin sebelum 1 November, jika gagal berdepan tindakan tatatertib

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 20 Oktober - Semua guru yang belum mendapatkan vaksin lengkap COVID-19 perlu melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin berkata,di bawah dasar baharu berhubung imunisasi melibatkan penjawat awam yang dilaksanakan mulai 1 November ini, mereka yang gagal boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

Datuk Mohamad Alamin ketika menjawab pertanyaan senator Khairil Nizam Khirudin di Dewan Negara menjelaskan Pematuhan itu juga berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 mengenai Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 bagi pegawai perkhidmatan awam persekutuan.