Saturday, 4 December 2021

updated 8:53 AM UTC, Dec 4, 2021

Kadar penginapan hotel di Pualau Pangkor meningkat 78 peratus

  • Published in Covid19

LUMUT, 17 Oktober - Selepas enam hari kebenaran rentas negeri, tempahan hotel dan penginapan di Pulau Pangkor, Perak mencatatkan peningkatan tertinggi mencecah 78 peratus.

Exco Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, menyatakan hampir 10,000 pelancong direkodkan memasuki pulau bebas cukai itu sepanjang tempoh berkenaan.

Peningkatan itu juga akuinya, menunjukkan industri pelancongan telah bersedia menerima kedatangan pelancong, selain membantu pemulihan industri berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan pemantauan dan pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP) di Jeti Penumpang Lumut.

Dalam pada itu beliau berkata, pemeriksaan dan pemantauan SOP sentiasa dilaksanakan dalam memastikan pulau bebas cukai itu bebas COVID 19.