Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Elak penipuan pakej umrah, MOTAC wajibkan syarikat mohon kebenaran iklan

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Inisiatif tangani kes-kes penipuan pakej umrah. 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, MOTAC mewajibkan syarikat yang dilesenkan untuk memohon kebenaran bagi mengiklankan promosi umrah.

Harga lantai untuk pengerjaan umrah bagi 12 hari dan 10 malam pula ditetapkan pada kadar RM6,900.

Bagaimanapun, semakan semula akan dibuat apabila wabak COVID-19 diisytiharkan berakhir dan keadaan sudah kembali normal.

Dalam kenyataannya, MOTAC menyeru orang ramai supaya mengambil langkah berhati-hati jika mendapati harga yang ditawarkan terlalu rendah atau terlalu tinggi daripada yang telah ditetapkan bagi mengelak ditipu.

MOTAC juga telah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan-persatuan pengendali umrah iaitu PAPUH, MATTA DAN BUMITRA untuk membantu pihak MOTAC merangka dan memperhalusi isu pengiklanan umrah.