Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

91.5 Peratus populasi dewasa lengkap divaksin, setakat semalam

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 17 Oktober - Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

91.5 peratus atau 21.43 juta penduduk dewasa di Malaysia telah lengkap divaksin.

Manakala 95.1 peratus populasi dewasa negara ini menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, 22.8 peratus atau 716,332 individu telah melengkapkan vaksinasi.

Manakala 77.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan, 67.8 peratus penduduk Malaysia telah lengkap divaksin manakala 75.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.