Tuesday, 26 October 2021

updated 11:23 AM UTC, Oct 26, 2021

SOP gelombang pelancongan Langkawi kurangkan risiko penularan COVID-19

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Prosedur operasi standard (SOP) gelembung pelancongan Langkawi berjaya mengurangkan risiko penularan COVID-19 dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan.

Jelas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, usaha memastikan pematuhan SOP dan pembudayaan norma baharu menjadi cabaran utama demi menjayakan projek rintis tersebut.

Beliau berkata pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Sebelum projek rintis dilaksanakan, kementerian menjalin kerjasama dengan pelbagai kementerian, agensi pusat, kerajaan negeri dan pemegang taruh bagi mempersiapkan penggiat industri di Langkawi dengan norma baharu.

Setakat 12 Oktober, hampir 86,000 orang memanfaatkan gelembung pelancongan Langkawi.