Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

Sarawak mula beri dos ketiga, penggalak

  • Published in Covid19

KUCHING, 13 Oktober - Sarawak memulakan pemberian dos ketiga dan dos penggalak COVID-19 kepada lebih 122,000 individu hari ini.

Daripada jumlah itu, hampir 12,000 dos ketiga diberi kepada individu mempunyai sistem ketahanan badan yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan.

Dos penggalak pula disuntik kepada lebih 80,000 warga emas berusia lebih 60 tahun dan kira-kira 30,000 petugas barisan hadapan perubatan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Sarawak Dr. Rosemawati Ariffin dalam kenyataan berkata, pemberian dos berkenaan tidak bermakna vaksin yang sudah diberi sebelum ini tidak memberi kesan perlindungan klinikal seperti dikehendaki.

Sebaliknya bertujuan memberi perlindungan tambahan atau merangsang sistem imun untuk melawan jangkitan COVID-19.

Kedua-dua dos menggunakan vaksin Pfizer.

Suntikan boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan terpilih termasuk hospital dan klinik swasta.

Senarai nama klinik berkenaan akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa untuk memudahkan proses janji temu.