Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Kebenaran rentas negeri pacu pemulihan ekonomi domestik

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 12 Oktober - Kebenaran rentas negeri dijangka akan membantu merancakkan pemulihan ekonomi khususnya sektor pengedaran dan peruncitan.

Namun, pembukaan sektor berkenaan masih perlu mematuhi SOP dalam membendung penularan COVID-19.

Perkara itu ditegaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerusi satu kenyataan media.

Ketika ini, semua perniagaan dalam sektor perdagangan pengedaran di bawah seliaan Kementerian tidak lagi memerlukan surat kebenaran beroperasi melalui Sistem COVID-19 Information Management System.

Kementerian juga akan terus menjalankan pemeriksaan ke premis-premis perniagaan menerusi OPS SAMAR.