Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Sela masa pemberian dos AstraZeneca dipendekkan

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 24 September - Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan tempoh masa antara dos pertama dan dos kedua vaksin AstraZeneca akan dipendekkan kepada enam minggu, berbanding sembilan minggu ketika ini.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, ketetapan terbaharu mengenai agihan dos kedua vaksin itu bermula 1 Oktober ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.