Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga dan penggalak dibangunkan

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 24 September - Dos ketiga tidak sama dengan dos penggalak.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media berkata dos ketiga diberi kepada mereka yang mempunyai respon sistem imum tidak mencukupi dan memerlukan respon dos optimum.

Dos penggalak pula katanya, diberi kepada mereka yang cukup respon imun sistem tetapi tahapnya turun dalam beberapa bulan dan perlu mendapatkan suntikan berikutnya sebagai perangsang kepada sistem imun supaya ia lebih berkesan terhadap COVID-19.

Katanya ketika ini garis panduan pelaksanaan pemberian dos berkenaan sedang dibangunkan.