Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

PICK Remaja: Pemberian vaksin menerusi janji temu

  • Published in Covid19

PURTAJAYA, 24 September - Pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi CCOVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dilakukan secara berjadual.

Pemberian secara datang terus atau 'walk-in' pula hanya melibatkan remaja yang tidak bersekolah, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan remaja yang hanya belajar di rumah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media berkata , tarikh janji temu disusun dengan kerjasama Pejabat Kesihatan dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Pihak pengurusan sekolah, melalui guru akan memaklumkan jadual vaksinasi mengikut giliran sekolah kepada ibu bapa atau penjaga.

Janji temu juga akan dikemas kini menerusi aplikasi mysejahtera.

Beliau memberi beri jaminan bekalan vaksin mencukupi untuk diberi kepada semua 3.2 juta remaja.