Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

73% pelajar dan 91% kakitangan universiti lengkap vaksin

  • Published in Covid19

SHAH ALAM, 24 September - Sebanyak 73 peratus pelajar dan 91 peratus kakitangan Institusi Pengajian Tinggi telah menerima vaksin lengkap.

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad, dengan peratusan itu ibu bapa tidak perlu risau dengan keselamatan anak mereka.

Menurut Datuk Dr. Masrizal, pelajar yang belum menerima vaksin turut diberi kemudahan 'laluan hijau' dengan hanya perlu menunjukkan surat tawaran ke universiti atau kad matrix di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin seluruh negara.

Beliau mengulas demikian semasa lawatannya ke UiTM Shah Alam bagi meninjau kesiapsiagaan universiti dalam menerima para pelajar.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kemasukan pelajar ke kampus secara berperingkat bermula 15 Oktober ini.