Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

MOT pastikan kenderaan awam dalam keadaan baik persedian rentas negeri

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 23 September - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memastikan bas ekpress dan bas persiaran berada dalam keadaan baik sebagai persediaan sekiranya pergerakan rentas negeri dibenarkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang ditemui Berita RTM berkata, persiapan awal itu bagi menjamin keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan awam.

Jelasnya, pengusaha-pengusaha bas juga perlu membuat persediaan awal pelaksanaan SOP termasuk penjualan tiket.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, pergerakan rentas negeri dibenarkan apabila negara telah mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.