Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Solat berjemaah di Negeri Sembilan dibenarkan mengikut kapasiti masjid dan surau bermula esok

  • Published in Covid19

SEREMBAN, 23 September - Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan solat fardu, Jumaat dan solat jenazah dihadiri jemaah yang lengkap divaksin dengan jumlah mengikut kapasiti masjid serta surau.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, kebenaran dengan pematuhan SOP itu bermula esok.

Perkara tersebut diputuskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Kebenaran itu tertakluk SOP termasuk Kelas takmir dibenarkan selama satu jam sahaja manakala hanya enam orang wakil dibenar untuk pengurusan jenazah.